Objektif Projek
Negara Malaysia mensasarkan negara maju menjelang 2020. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia perlu berlumba-lumba dalam meningkatkan pencapaian dan tidak terus ketinggalan di belakang berbanding negara-negara maju yang lain di dalam bidang perindustrian.
Atas dasar itulah kebanyakkan kolej dan universiti menyelitkan matapelajaran Projek Proposal dan Projek Akhir dalam silibus pelajar mereka. Dengan adanya matapelajaran seumpamanya, maka ramai pereka-pereka baru dengan idea baru akan lahir. Dalam keadaan tersebut, banyak persaingan berlaku dan begitu juga saya yang tidak ketinggalan mengilhamkan sebuah rekabentuk “Mesin Mengisar dan Menapis Budu”.
Di antara tumpuan utama dalam objektif projek ini adalah:
i. Melakukan kajian untuk membangunkan idea rekabentuk.
ii. Melatih kita menggunakan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam merekabentuk projek.
iii. Mengkaji tahap keselamatan agar projek dapat digunakan dengan selamat.
iv. Membina idea dan projek rekabentuk tersebut.
v. Menguji keberkesanan rekabentuk.
vi. Memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pelajar.
Manakala bagi rekabentuk saya ini, saya telah mengecilkan lagi objektifnya. Antara objektif rekabentuk “Mesin Mengisar dan Menapis Budu” ialah:
I. Menggabungkan dua proses pembuatan budu iaitu mengisar dan menapis dalam satu mesin.
II. Mengurangkan penggunaan pekerja dalam proses menghasilkan budu yang siap untuk dipasarkan.
No comments:
Post a Comment