Salam dan selamat sejahtera kami hulurkan.
Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada mereka yang sudi menjengah ke blog projek akhir kami ini.
Pertamanya, kami ingin memaklumkan bahawa blog ini memainkan peranan penting sebagai bahan hebahan untuk memaklumkan kepada rakan-rakan, para pemantau dan pensyarah kami iaitu Encik Zakhlis. Ini kerana dengan adanya blog ini, peninjauan terhadap kelancaran projek kami ini akan menjadi lebih mudah dan sepantas A,B,C di hujung jari di dalam dunia teknologi, dunia tanpa sempadan.
Bercakap mengenai projek kami ini, kami merancang untuk membina dan menyiapkan sebuah mesin memproses budu, iaitu mesin pengisar dan penapis budu. budu di sini bukanlah budu yang telah dibotolkan, namun pati bilis yang telah difermentasikan selama beberapa bulan yang akan melalui proses selanjutnya bagi sedia untuk diedar kepada pelanggan.
kami berharap dan berdoa kepada Allah s.w.t. agar usaha kami untuk menyiapkan projek kami sentiasa diberkati dan dirahmati agar projek kami berjalan lancar dan siap mengikut perancangan yang ditetapkan.
Kepada para pensyarah dan rakan-rakan, kami meminta dan mengalukan sebarang pandangan dan tunjuk ajar yang membina daripada anda semua demi menjamin keberkesanan projek yang akan kami jalankan ini. Begitu juga jika rakan-rakan memerlukan sebarang pertolongan, kami sedia membantu sedaya upaya kerana kita bangsa 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Akhir sekali, sebarang pengemaskinian blog ini akan kami lakukan setelah mempunyai bahan yang terkini.
Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment