Search Box

Thursday, August 26, 2010

Pengenalan

Secara umumnya, sebuah rekabentuk perlulah mempunyai nilai yang dapat memberi kemudahan kepada para pengguna. Pada zaman pembangunan teknologi sekarang ini, rekabentuk yang dapat memberi fungsi yang baik dan dapat memberi keselesaan kepada pengguna sentiasa muncul. Secara pantasnya, ramai pihak berlumba-lumba merekabentuk alatan terbaru maka muncullah pelbagai teknologi baru setiap hari. Masyarakat Malaysia juga tidak ketinggalan. Oleh itu,atas dasar ini, saya mengambil inisiatif untuk menyumbangkan idea saya dan menyediakan projek proposal yang bertajuk, “Mesin Mengisar dan Menapis Budu”.
Budu adalah sejenis makanan masyarakat Pantai Timur terutama di Kelantan. Budu ataupun sos bilis yang diperam hingga hancur telah lama menjadi makanan kegemaran masyarakat Kelantan. Dalam bahasa saintifik, budu adalah sejenis produk ikan terfermen. Terdapat pelbagai jenis produk ikan terfermen yang terkenal di negara Asia dan mempunyai nama yang berbeza berdasarkan negara pengeluarnya seperti ‘Patis’ di Filipina,‘Shottsuru’ di Jepun, budu di Malaysia, ‘Nam-pla’ di Thailand, ‘Nuoc-mam’ di Vietnam,‘Ketjap-ikan’ atau ‘Bakasang’ di Indonesia, ‘Yu-lu’ di China dan ‘Ngapi’ di Myanmar. Oleh yang demikian, budu bukan sahaja digemari oleh masyarakat Pantai Timur di negara Malaysia malah di Asia.


Selaras dengan pembangunan teknologi zaman sekarang, kita perlu berlumba menghasilkan produk glokal iaitu lokal dan global. Jadi, bagi menghasilkan budu yang bertaraf global, satu invensi perlu dihasilkan bagi meletak makanan ini setaraf dengan makanan global yang ada sekarang.
Oleh itu, saya telah mengilhamkan satu rekabentuk yang akan membantu dalam bidang perusahaan budu ini. Alat ini berfungsi mengisar dan menapis pati bilis (budu). Dalam pemprosesan budu, terdapat beberapa proses yang perlu dilalui iaitu fermentasi(peraman), kisar, tapis dan akhir sekali dimasak dengan ramuan tertentu. Justeru, dengan inisiatif rekabentuk alat ini, proses kisar dan tapis akan digabungkan di dalam satu alat seterusnya dapat membantu proses penghasilan budu tanpa menggunakan pekerja yang ramai, dalam erti kata lain, bilangan pekerja dapat dikurangkan tanpa mengetepikan mutu asal budu.

1 comment:

  1. Where did you get your reference from? Give credits by stating the source in your post.

    ReplyDelete